Leatherman charge Tti….multitool branded pertama buatku.

Sebenarnya banyak jer multitool yang murah yang dijual dekat pasar malam tapi kenapalah aku beli Leatherman charge yang harganya sangat mahal? Bukan apa, aku beli sebab aku lebih pentingkan kualiti. Aku sebenarnya dah ada multitool buatan china, 3 kesemuanya tapi kualiti logam yang digunakan cukup lemah. Ada satu multitool aku yang aku beli dekat pasar malam..harga lebih kurang RM30..saiz dalam 7cm. Aku guna pemutar skru rata dia, skali skru tu ketat, aku pun gunalah tenaga lebih sikit, terus rosak pemutar skru dia. Fungsi dia memang OK..tapi yer la…kalau lemah macam tu macam mana nak buat kerja…Jadi aku pun belilah satu Leatherman Charge Tti.

Multitool? Banyak orang tertanya apa kemende multitool tu. Multitool sebagaimana namanya multi bermakna banyak dan tool bermakna alat. Secara mudahnya multitool ni satu alat yang mempunyai pelbagai fungsi di dalamnya.

Multitool yang baik ialah multitool yang mempunyai fungsi asas alat survival seperti pisau,gunting,gergaji,pembuka tin,playar,pemutar skru Philip dan rata.

Tak nak cerita panjang, terus ke Leatherman Charge Tti.

Multitool ini mempunyai 19 fungsi dengan 8 bit drivers.

Pemegang multitool ni diperbuat daripada titanium dan ia memberi keselesaan kepada pemegangnya. Berbeza dengan model-model lain Leatherman seperti Leatherman Wave dan Surge, pisaunya diperbuat daripada S30V logam yang tahan karat dan lebih kukuh.

Selain daripada pisau, fungsi-fungsi lain termasuklah seperti di bawah:

  • 420HC Serrated Knife with Cutting Hook
  • Needlenose Pliers
  • Regular Pliers
  • Wire Cutters
  • Hard-wire Cutters
  • Wire Stripper
  • Wire Crimper
  • Large Screwdriver
  • Large Bit Driver
  • Small Bit Driver
  • Scissors
  • Wood/Metal file
  • Diamond-coated file
  • Saw
  • Bottle Opener
  • Can Opener
  • 8 in | 19 cm Ruler
  • INCLUDED BITS: Phillips and Flat Tip Eyeglasses Screwdriver Bit, Hex 5/32″ and 9/64″ Bit, Hex 1/8″ and 7/64″ Bit, Hex 3/32″ and 5/64″ Bit, Hex 1/16″.

( Sorry….susah nak translate semua kat atas tu…baca jer la )

Ciri-ciri istimewa alat ini:

  • Diperbuat daripada besi tahan karat dengan pemegang titanium.
  • Pisau dan pisau bergerigi mudah dibuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan.
  • Semua alat mempunyai pengunci untuk mengelakkankan daripada tertutup.
  • Gelang penggantung.
  • Klip poket yang mudah dipasang dan dibuka.

  • Bekas kulit atau nilon.
  • Waranti 25 tahun.

Ukuran alat:

  • 4 in | 10 cm (tutup)
  • 8.2 oz | 232 g ( berat )
  • 2.9 in | 7.37 cm (panjang pisau)

Bit kit tambahan boleh dibeli berasingan.

Bit drivers for Leatherman Charge.

Aku dah test alat ni selama seminggu. Memang top quality punya barang.

Pisau tak payah cakap la.Tajam. Tengok video kat bawah kalau nak kepastian.

Leatherman Charge vs Leatherman Wave

Gergaji aku masih belum cuba lagi.

Pisau bergerigi pun tajam. Hujung pisau bergerigi lagi tajam berbanding dengan pisau biasa.

Gunting walaupun kecil tetapi tajam. Aku cuba potong daun plastic dengan gunting multitool ni dan potongan terhasil cukup cantik. Pada mulanya aku ingat macam gunting plastic. Tapi anggapan ku silap sama sekali.

Lain-lain masih belum guna lagi.

Kalau sesiapa yang minat memancing atau travel…memang patut ada satu la alat multitool ni. Aku cadangkan Leatherman sebab dia ada untuk pelbagai jenis aktiviti dan yang penting syarikat ni memang specialized dalam multitool.

Swisstool ok ke? Bagi aku ok jer…tapi logam yang digunakan tak sekuat Leatherman.

Apa-apa pun aku  gembira sebab akhirnya aku dapat juga memiliki Leatherman Charge Tti setelah setahun aku study pasal ni.

Harga ? Retail price kat Malaysia RM982 itu kat UFL. Kalau dekat dealer dalam forum lowyat RM800.

Nak tau harga aku dapat berapa…msg me.

4 Responses to Leatherman charge Tti….multitool branded pertama buatku.

  1. sayang multitool tu berpader2…jangan lebih dari sayang bini…huhuhu..but worth buying la to all men out there..easy..wife less worry..husband cepat tangan nak repair many things…heheh

  2. Aku beli jer la….fungsi banyak…malas la nak bawak semua….kan senang semua dalam satu poket..hehe.

    Bukan masalah lifetime warranty ke tak? Tahan lasak tu penting..haha…Nko memang la hidir…hehe

  3. “Gunting walaupun kecil tetapi tajam”…haha. nko nie mmg kelakar lah mad. Sejak bila nko suka memancing n travel? sejak ada leatherman tool yek…haha.
    @Tong, mamat nie mmg stok beli barang lifetime warranty. kalau boleh berus gigi nak beli lifetime warranty. hahahah.

  4. whoaa.. leatherman tool tu… bese tgk yg leatherman wave je.. tu pn pergh rege die.. kering duit..