Category Archives: Health

Detox foot patch.

Detox foot patch ialah sejenis pelekat dengan penyerap toksin yang dipakai pada kaki  atau tumit untuk membantu menyingkirkan toksin. Terdapat pelbagai jenama di pasaran antaranya termasuklah Verseo, BodyPure, Takara, Chikusaku, Kinoki dan sebagainya.

Banyak pendapat yang pro dan contra tentang penggunaan detox foot patch ini. Bagi yang pro, ada yang mengatakan ia menguatkan badan, mengurangkan kesakitan lutut, memberikan anda tidur yang berkualiti dan sebagainya. Bagi yang contra pula, bagi mereka detox foot patch tidak mendatangkan apa-apa perubahan kesihatan. Dan mereka berfikiran tidak masuk akal patch yang sedemikian rupa boleh menyingkirkan toksin badan..

Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan detox foot patch tidak mendatangkan manfaat langsung kepada kesihatan. Sebelum saya mengenal detox foot patch,setiap kali berpeluh, bau peluh cukup memeningkan saya,kaki saya juga sentiasa melecet dan mengambil masa 3 hari untuk pulih, dan saya merasa tersangat letih sekiranya balik dari tempat kerja. Kalau dulu locum 3 hari sudah memenatkan saya. Tapi sekarang setelah menggunakan detox foot patch selama seminggu, terasa perubahan ketara tentang diri saya…bau peluh yang memeningkan sudah tiada, kaki saya sudah tidak lagi melecet dan yang paling penting, sekalipun hari-hari saya locum,letihnya jauh lebih kurang berbanding sebelum saya menggunakan detox foot patch…

Bermula ceritanya, saya ternampak di yahoo messenger status seorang junior saya yang sentiasa meletakkan statusnya detox foot patch… terasa meluat juga melihat iklan sedemikian…Suatu hari pada awal bulan ini, terdetik di hati saya untuk mengetahui apakah benda detox foot patch ini… tertarik dengan khasiatnya saya pun membeli produk kesihatan tersebut dari junior saya…dan sekarang setelah hampir 2 minggu, apa yang saya dapat ucapkan hanyalah Alhamdulillah…memang produk tersebut mujarab.

Bagaimana ia berfungsi?

Ia berfungsi dengan 2 cara. Yang pertama, ia merangsang titik akupuntur pada tapak kaki dan yang keduanya dengan menarik keluar toksin melalui peluh. Secara asasnya ia bertindak sebagai “vacuum cleaner” toksin yang menarik keluar bahan berbahaya melalui peluh.

Kandungan.

Secara umumnya bahan-bahan yang terkandung di dalam detox foot patch ialah tourmaline,debu pokok oak, cuka daripada buluh, kulit carapace( mempunyai kuasa penyerap yang kuat ) dan beberapa jenis herba yang selamat digunakan.

Kulit carapase daripada ketam.

Kulit carapace udang  sebagaimana yang diwarnakan dalam rajah di atas.

Tourmaline :

Tourmaline merupakan mineral yang membebaskan ion negatif dan tenaga infra-red. Secara umumnya ia dapat membantu peredaran darah, mengurangkan stress, meningkatkan tahap kewaspadaan dan menguatkan fungsi imun badan. (Niwa Institute for Immunology, Japan. Int J. Biometeorol 1993 Sep; 37(3) 133-8).  Tenaga infra-red yang terhasil daripada tourmaline tersebut dapat merangsang titik refleksologi dan membantu menyingkirkan toksin daripada badan.  Ion negatif  yang dibebaskan oleh tourmaline pula meningkatkan degradasi pengoksidaan serotonin yang mengurangkan serotonin di dalam badan. Pengurangan serotonin memberikan ketenangan kepada diri individu dan meningkatkan system pertahanan badan menentang jangkitan.

Cara penggunaan?

1.      Anda boleh meletakkan patch tersebut pada bahagian tapak, bawah buku lali dan juga tumit.

2.      Anda boleh menggunakan lebih daripada 1 patch dalam satu masa.

3.      Ia perlu digunakan pada kedua-dua belah kaki sekiranya anda mahu hasil yang terbaik.

4.      Ia harus dipakai selama 6-8 jam sehari untuk 15-20 hari. Selalunya ia dipakai pada waktu malam. Akan tetapi ia juga boleh juga dipakai pada siang hari asalkan tempoh masa pemakaian adalah selama 6-8 jam untuk memberikan kesan yang maksimum. Sekiranya pemakaian patch tersebut selesa di dalam stoking anda, apa salahnya jika memakai patch tersebut bukan?

5.      Digalakkan penggunaannya sebanyak 3-4 kali setahun.

6.      Digalakkan mengambil air kosong 8-10 gelas sehari untuk membantu proses detoksifikasi.

Siapakah yang boleh menggunakan detox foot patch ini?

Semua orang boleh menggunakan detox foot patch ini termasuklah ibu yang menyusukan anak. Akan tetapi ia tidak digalakkan penggunaannya bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah dan perempuan mengandung.

Apakah kelebihan menggunakan detox foot patch ini?

1.      Melegakan sakit dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh arthritis

2.      Membantu meningkatkan system imun badan

3.      Mengurangkan stress dan kebimbangan.

4.      Membantu peredaran darah sekaligus mengurangkan bengkak pada tangan atau kaki.

5.      Menyegarkan badan.

6.      Membantu meningkatkan konsentrasi dan mental focus.

7.      melegakan sakit kepala.

Apakah kesan sampingan detox foot patch ini?

Tiada kesan sampingan daripada detox foot patch. Sekiranya ada berkemungkinan disebabkan tindak balas alergi kepada bahan yang terkandung di dalam patch tersebut yang membawa kepada allergic dermatitis.

Keadaan detox foot patch selepas 8 jam digunakan.

Gambar di atas menunjukkan pola cahaya infrared pada badan,kaki dan tangan (  jenama Bamboosies ) sebelum dan selepas 8 jam penggunaan detox foot patch.

Kesimpulan

Detox foot patch dapat membantu peredaran darah, mengurangkan stress, meningkatkan tahap kewaspadaan,menyegarkan badan dan menguatkan fungsi imun badan. Ia boleh dipakai oleh semua.Akan tetapi pemakaiannya tidak digalakkan bagi kanak-kanak berusia kurang 2 tahun dan juga bagi ibu mengandung. Pemakaian detox foot patch hendaklah selama 6-8 jam untuk memberikan kesan yang maksimum.Kesan detox foot patch bergantung kepada tempoh penggunaannya.Terdapat pelbagai pandangan tentang penggunaan detox foot patch, ada yang negatif dan ada yang positif. Untuk mengetahui keberkesanannya, anda perlu mencubanya.Untuk diri saya, ia sudahpun terbukti berkesan.

Berminat untuk mencuba detox foot patch?

Harga 1 keping RM2.50.

Contact  saya:

Dr. Ahmad Taqiuddin Zakaria

019-3574141

( Nilai, Kuala pilah, Senawang )

Atau Azhar 012-3793975

( Kuala pilah, Bahau )

References :

http://bamboosies.com/

http://ezinearticles.com/?How-a-Detox-Foot-Patch-Works-For-Your-Precious-Feet-and-Body&id=1739605

http://www.footpatch.net/index-4.html

http://www.mindmachines.com/Biomat/Biomat-ions-healthy.htm

Sitting too much is bad for heart!!

Men who spend too much time sitting — even those who exercise regularly — are at higher risk of dying from cardiovascular disease, according to a study by researchers from the University of South Carolina’s Arnold School of Public Health.

The study found men who sat 23 hours or more — while watching television or riding in cars — had a 64 percent greater risk of dying from heart disease than those who spent about half that time sitting. Even if the men who sit a lot also were physically active when not sitting, they had higher rates of cardiovascular mortality.

The message: We need to get up and move around, according to Tatiana Y. Warren, a Ph.D. candidate in exercise science and the study’s lead author.

Even people who spend a lot of time working at a desk or watching television need to get up and move during the day.

“Get up and move. Move constantly during the day,” Warren said. “Take the stairs, park farther away. Bring in more leisure physical activity through the day. It’s beneficial.”

Original source: Health calendar

10 healthy habits your kids will love.

Forget Happy Meals, sweet and computer games-here are 10 ways to get your children on the road to a healthier life.

According to the Government’s National Diet and Nutrition survey, 92% of children consume more saturated fat than the maximum recommended level for adults, and 83% consume added sugars higher than suggested adult levels. Not surprisingly, our children are getting fatter, and many experts are warning that the problem is getting out of hand. For the first time, there’s a very real chance that parents could start outliving their offspring, due to obesity-related diseases such as cancer and heart disease.

Here are some tips and ideas on how to keep your kids healthy.

1. Honesty is the best policy

Try to resist sneaking vegetables onto your plates – children are not stupid! Instead encourage them to help you in in the kitchen and explain to them what ingredients you are using and why they’re healthy .Show them how tasty sauces can be when you add some chopped veg. 

2. Avoid the dirty dozen

Some ingredients found in pre packed food especially those marketed at children  may be detrimental to their health. According to Organix, these are 12 offenders and where they can be found :

a)       Mechanically recovered / separated meat – sausages

b)       MSG E621

c)       Sodium 5-ribonucleopeptide E635 – snacks

d)       Aspartame – soft drinks, snacks

e)       Acesulfame K – snacks and soft drinks.

f)        Sodium saccharide – snacks and soft drinks.

g)       Sodium benzoate E211 – many soft and fizzy drinks and food sauces

h)       Sulphur dioxide E220 – soft drinks and some meat

i)        Artificial colorings.

j)        High salt content – processed food such as tomato ketchup and soup.

k)       Hydrogenated and saturated fat – fatty foods like take-aways, burgers, chocolate and crisps.

l)        Refined sugar – sugary foods and cereal bars.

3. Exchange bad for good

There are so many easy ways you can swap junk food for healthier alternatives without losing out on flavour.

Out with the old… In with the new..
Burger,chips,beans Chicken and sweetcorn burgers,potato wedges in their skins, beans
Sugary cereals,fruit juice Fresh fruit,glass of milk,muesli
Salty crisps Sweet potato wedges,crispy vegetable batons
Fuzzy drinks Fruit juice mixed with sparkling spring water
Sausages, potato waffles Grilled chicken and vegetable kebabs,onion mash

4.Don’t be too strict

Tastes for salty and sweet foods are developed early in life. So, it is OK to let your children take sweet food like fruit desserts,rice puddings and custards as they supply important nutrients such as vitamin C, calcium and protein. But make sure they eat a generally balanced diet.

5.What makes a good lunch?

School lunches have had a bad press of late, so turn your back on pre-packed produce and make your own lunches that are brimming with good nutrition.

a)      Keep the fats healthy – nuts, seeds, and olive oil all contain unsaturated fats which are good for health.

b)      Wholegrain reign – If you are sending them off to school with a sandwich, opt for more nutritious wholegrain varieties of bread rather than refined white bread.

c)      Think before they drink – It’s no good packing them a feast of raw vegetable if it’s washed down with a can of mirinda or pepsi. Give your kids milk, water or pure fruit juice.

d)     Variety is the spice of life – Boredom can result in children picking at meals and then snacking later on fatty items.

6.  Snack Attack

When hunger strikes, serve them with something that will not only keep the kids fulfilled but full of calories. Here are some child-friendly options: crackers, home made popcorn,yoghurt,raisins and rice cakes.

7. Dump the junk

Check out these 3 great ideas for getting more healthy foods into junk-food mad kids, from What Really Works for Kids by Susan Clark.

  • Make frozen yoghurt to keep in the freezer. Just add pureed fruits to live plain yoghurt and freeze.
  • Enhance the nutritional value of daily staples by adding fruit to breakfast cereals, yoghurt and ice creams.
  • Thicken sauces with vegetables purees instead of cream and milk.

8.  Keep a well stocked fruit bowl

Instead of stocking up the sweetie cupboard, pile the fruit bowl high with tempting fresh produce.

9.  Make fitness fun

One of the main reasons for childhood obesity is lack of physical activity. If your children are not particularly active,don’t worry. Kids are naturally active, so should not really need much encouragement to get involved in energetic pursuits.

10. Find TV alternatives

The prevalence of TV and computers combined with parents’ reluctance to allow their offpring out to play in parks and public places has been blamed for our children’s increasingly sedentary lifestyle. Another worry is that children who watch TV four hours of TV a day are exposed to as many as 40 food commercials. This barrage of advertising is often aimed specifically at children and promotes high fat, unhealthy food. So what can you do?

a)      Monitor what they watch on TV.

b)      Round up your children’s friends and head for the park. The kid can run around and let off steam.

c)      Draw up a chart and reward kids with a star every time they eat portion of fruit or veg.

d)     One evening a week, switch the TV off and play a family games.

What is a balanced diet for children?

A balanced diet should include the following food groups:

1. Fruit and vegetables ( at least 5 portions per day )

2. Bread,other cereals and potatoes ( with every meal )

3. Milk and dairy products ( several servings per day )

4. Meat, fish and vegetarian alternatives ( 1 or 2 servings a day )

5. Foods containing saturated fat and refined sugar should be limited.

* If you are at all concerned with your child’s health then you should always consult your GP.

Tonsilitis.

Pengenalan

Tonsil merupakan tisu limfoid yang berada pada kedua-dua bahagian tekak manusia. Inflamasi tonsil dinamakan tonsillitis.  Tonsilitis boleh wujud dalam bentuk akut tonsillitis, kronik tonsillitis, tonsillitis berulang kali dan yang paling teruk dinamakan peritonsillar abscess ( tonsil bernanah ).

Penyakit ini selalunya berlaku pada kanak-kanak dan boleh berlaku sekiranya pesakit mempunyai ahli keluarga yang telah menjalani pembedahan pembuangan tonsil.

Sungguhpun ia kerap berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia jarang sekali berlaku kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 2 tahun.

Tonsilitis yang disebabkan oleh Streptococcus selalunya berlaku pada kanak-kanak berusia 5-15 tahun manakala tonsillitis yang disebabkan oleh virus selalunya berlaku pada kanak-kanak yang lebih muda usianya.

Peritonsillar abscess ( PTA ) biasanya berlaku pada golongan remaja, tetapi ianya boleh juga berlaku kepada kanak-kanak.

Akut tonsillitis yang disebabkan oleh bakteria sebagaimana di atas.Tonsil kelihatan membengkak dan merah beserta keluar nanah.Uvula kelihatan di tengah-tengah antara 2 tonsil.

Apakah penyebab tonsillitis ?

Kebanyakan serangan penyakit tonsillitis adalah disebabkan oleh virus seperti :

  • HSV
  • EBV
  • Cytomegalovirus
  • Herpes viruses
  • Adenovirus
  • Measles virus

Bakteria pula hanya menyumbang 15-30% kepada penyakit tonsillitis.Bakteria anerobik memainkan peranan yang penting dalam penyakit ini.

Apakah simptom-simptom tonsillitis ?

Sejarah menentukan jenis tonsillitis samada ianya akut, berulang atau kronik.

Akut tonsillitis.

Simptom-simptom akut tonsillitis termasuk demam, sakit tekak, nafas berbau, susah untuk menelan, sakit untuk menelan, berdengkur, bernafas melalui mulut, letih dan lemah badan. Simptom selalunya hilang selepas 3-4 hari. Akan tetapi ia boleh bertahan selama 2 minggu sekalipun diberi rawatan yang cukup.2.

Tonsilitis berulang.

Keadaan ini berlaku apabila pesakit mengalami serangan tonsillitis sebanyak 7 kali dalam setahun, 5 jangkitan dalam masa 2 tahun berturut-turut ataupun 3 jangkitan setiap tahun dalam masa 3 tahun berturut-turut.

Kronik tonsillitis.

Simptom-simptom kronik tonsillitis termasuklah sakit tekak yang berpanjangan, mulut berbau, tonsillitis dan sakit kalenjar servikal berterusan.

Peritonsillar abscess (PTA) ( tonsil bernanah ).

Simptom-simptom tonsil bernanah termasuklah sakit tekak yang teramat sangat, demam, air liur meleleh, nafas berbau, susah untuk membuka mulut dan serak suara.

Bagaimanakah penyakit ini didiagnosakan?

Sebenarnya penyakit ini boleh sahaja didiagnosakan berdasarkan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit. Akan tetapi pemeriksaan fizikal penting untuk memastikan penyakit tersebut adalah tonsillitis.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor sebagaimana di bawah:

Pemeriksaan tonsil dan farinx.

Penemuan positif bagi pesakit tonsillitis adalah sebagaimana di dalam gambar di bawah. Tonsil kelihatan bengkak dan merah. Kadang-kadang, nanah mungkin turut kelihatan.

Di dalam keadaan yang teruk, pesakit mungkin mengalami perubahan suara dan bernafas melalui mulut disebabkan oleh pembengkakan tonsil.

Sakit kalenjar servikal dan ketegangan otot leher mungkin boleh wujud ketika serangan penyakit ini.

Di dalam kes peritonsillar abscess (PTA), farinx kelihatan bengkak dan merah dan pesakit tidak dapat membuka mulut kerana sakit. Selalunya tonsil yang bengkak adalah berbentuk unilateral di mana salah satu tonsil adalah lebih besar berbanding yang satu lagi. Selain daripada penemuan fizikal di atas, sakit kalenjar servikal,sakit telinga di bahagian yang berkenaan dan torticollis boleh wujud.

Selain daripada perkara-perkara di atas, doktor juga akan memeriksa kulit beserta mukosa pesakit untuk melihat tanda-tanda kekurangan air di dalam badan.

Terdapat beberapa kes yang patut diambil pertimbangan semasa melakukan pemeriksaan farinx dan tonsil.

Kes-kes seperti Infectious mononucleosis dan jangkitan virus Herpes simplex mempunyai cirri-ciri tambahan yang berbeza.

Dalam kes Infectious mononucleosis, selain daripada akut tonsillitis, penyakit ini juga menunjukkan penemuan fizikal lain seperti sakit kalenjar axilla, servikal dan inguinal beserta limpa yang bengkak, letih yang amat sangat,sakit-sakit badan dan demam bersuhu rendah mengiringi akut tonsillitis. Penemuan fizikal yang paling penting membezakan infectious mononucleosis dengan akut tonsillitis yang lain ialah terdapatnya selaput berwarna kelabu yang meliputi tonsil yang membengkak sebagaimana gambar di bawah. Selaput ini boleh dibuang tanpa berlaku pendarahan.

Gambar di atas menunjukkan tonsillitis yang disebabkan oleh jangkitan Epstein-Barr (infectious mononucleosis).  Tonsil yang bengkak diselaputi oleh lapisan putih kekelabuan.

Berbeza dengan kes jangkitan virus herpes simplex, penemuan fizikal yang boleh didapati pada pesakit ialah farinx kelihatan merah, tonsil kelihatan bengkak dan kadang-kadang terdapat ulcer pada permukaan tonsil. Selain itu, radang gusi dan radang bibir boleh wujud pada pesakit.

Di dalam kes tonsillitis ini, perlukah ujian makmal dijalankan?

Tonsilitis dan peritonsillar abscess ( PTA ) boleh didiagnosis secara klinikal iaitu berdasarkan simptom-simptom dan penemuan fizikal oleh doktor.

Pemeriksaan makmal hanya dilakukan sekiranya jangkitan tonsil disyaki disebabkan oleh Kumpulan A beta-hemolytic streptococcus.  Di dalam kes ini sample diambil daripada tekak pesakit kemudian dikultur di dalam makmal. Kultur dari tekak pesakit untuk mengesan kumpulan A beta-hemolytic streptococcus adalah 90-95% sensitif. Berbeza pula dengan rapid streptococcal test kerana ia adalah kurang sensitif berbanding kultur tekak pesakit.Walau bagaimanapun, masa yang diperlukan untuk mengesan bakteria di dalam kultur dari tekak mengambil masa yang lama berbanding rapid streptococcal test. Ini menjadi faktor penggunaan rapid streptocoocal test lebih praktikal berbanding kultur dari tekak pesakit.

Selain ujian makmal di atas, ujian serum Monospot ( untuk mengesan infectious mononucleosis yang disebabkan oleh virus Epstein-Barr ), CBC (complete blood count) dan paras elektrolit di dalam serum mungkin dibuat.

Bagaimana tonsillitis dirawat?

Rawatan akut tonsillitis bertumpu kepada pengekalan air di dalam badan dan juga pengambilan kalori yang cukup . Selain itu, ia juga bertumpu kepada pengawalan sakit dan demam.

Ketidakmampuan mengekalkan pengambilan air dan kalori yang cukup boleh menyebabkan pesakit terpaksa mengambil gentian air secara intravenous, antibiotik dan pengawalan sakit. Kortikosteroid secara intravenous mungkin diberi untuk mengurangkan pembengkakan pharynx.

Rawatan yang diberikan semasa terkena tonsillitis sebagaimana di bawah :

  1. Paracetamol dapat mengurangkan sakit dan demam.
  2. Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan pedas dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
  3. Banyakkan berehat.
  4. Banyakkan minum air.
  5. Corticosteroid boleh memendekkan tempoh demam dan radang farinx di dalam kes infectious mononucleosis.
  6. Antibiotik selalunya dipreskripsikan apabila berlakunya radang farinx yang disebabkan oleh bacteria. Ampicillin dan cephalexin selalunya dipreskripsikan akan tetapi ia patut dielakkan penggunaannya sekiranya disyaki infectious mononucleosis. Erythromycin patut digunakan di dalam kes infectious mononucleosis.

Preskripsi antibiotik patut diberikan di dalam kes:

  1. Tonsil bernanah.
  2. Demam.
  3. Peningkatan sel darah putih di dalam darah.
  4. Pesakit mendapat jangkitan daripada pesakit yang telah dijangkiti oleh Group A beta-hemolytic streptococcus.

Di dalam banyak kes, inflamasi farinx yang disebabkan oleh bakteria dan virus adalah mustahil untuk dibezakan secara klinikal.

Kepentingan rawatan Group A beta-hemolytic streptococcus dengan antibiotik ialah :

  1. Untuk mengelak terjadinya demam rheumatik.
  2. Pencegahan daripada berlakunya komplikasi tonsil bernanah.
  3. Mengurangkan simptom-simptom dan tanda-tanda tonsillitis.
  4. Mengelakkan perebakan jangkitan yang disebabkan oleh Group A beta-hemolytic streptococcus.
  5. Mengurangkan kesan sampingan rawatan antibiotik yang tidak sesuai.

Bilakah kalenjar tonsil patut dibuang?

Tonsilitis berulang

Kalenjar tonsil patut dibuang sekiranya pesakit mendapat serangan penyakit tonsillitis sebanyak 6 kali dalam masa 1 tahun, 3 atau lebih jangkitan tonsil dalam masa 1 tahun sekalipun diberi rawatan perubatan, kronik atau jangkitan berulang yang dikaitkan dengan pembawa streptococcus yang tidak memberikan kesan kepada antibiotik yang tahan beta-lactamase.

Tonsilitis berulang selepas pembuangan tonsil adalah jarang sekali.

Tonsilitis selepas pembuangan tonsil mungkin disebabkan oleh pertumbuhan semula tisu tonsil yang mana dirawat dengan membuang tisu tersebut.

Kronik Tonsilitis

Rawatan terbaik untuk kronik tonsillitis ialah pembedahan pembuangan tonsil. Walau bagaimanapun risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan harus diambil kira sebelum ia dilakukan kerana tonsil mungkin sudah berparut. Pertimbangan ini mempengaruhi pemilihan peralatan semasa pembedahan dan keputusan untuk membenarkan pesakit balik.

Tonsillitis di dalam kes Infectious mononucleosis:

Pembesaran tonsil yang kekal selepas jangkitan infectious mononucleosis dan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat perlu pembedahan pembuangan tonsil.

Peritonsillar abscess – PTA( Tonsil bernanah )

Rawatan untuk PTA termasuklah aspiration( nanah ditarik keluar dengan menggunakan jarum ) dan Incision and drainage( tonsil dibelah dan nanah ditarik keluar).

Pembedahan pembuangan tonsil dilakukan untuk kes PTA apabila ia dikaitkan dengan kronik atau tonsillitis berulang.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

1.Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.

2.Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.

3.Elakkan pesakit yang mempunyai keimunan rendah seperti pesakit HIV atau pesakit yang sentiasa mengambil kortikosteroid amat berguna.

4.Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria,

namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak

yang ada selsema dan batuk.

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?

Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

Antibiotics used in management of tonsillitis.

Reference :

1. http://emedicine.medscape.com/article/871977-overview
2. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/TONSILITIS.pdf

Using the internet to make self-diagnoses.

The internet has become the main self-empowering tool for people nowadays. It enable patients to surf for the information they needed using their browser.

Not to mention, it also helps doctors in diagnosing difficult cases.

There have been a few cases of patients or their relatives successfully using the internet to make rare diagnosis.

Actually it is not as easy as it sounds as symptoms are often common to many illnesses and symptoms by themselves are not the only clue to illnesses.

For example, epigastric pain could symptom of gastritis or maybe symptom of acute pancreatitis and etc.

People tend to forget, in diagnosing a disease, does not mean all depends on just symptoms. There are also clues in other aspect of the history and physical examination which patients often do not appreciate on their own.

That’s why it is uncommon to see patients jumping to conclusions these days after researching their symptom on the net.

A medically trained person would be more accustomed to using these tools which may be helpful in listing differential diagnoses. One should appreciate that diagnoses are not only derived from symptoms but also various aspects of history taking, physical examination and appropriate tests where necessary. At this point in time, the Internet is not going to replace the basic diagnostic work-up.

Patients can and should use the internet to search for information but they should be best guided by their doctor.

Information from the Internet is however useful for patients to help them understand their illnesses. The 15 or even 30 minute consultation with their doctor is often insufficient. How much information can the doctor give in such a limited time? If on the other hand, patients take the trouble to read about their illnesses, the greater understanding will benefit them and help in the management.