Apa itu demam denggi?
Denggi ialah sejenis penyakit akut yang menyebabkan sakit kepala, demam, keletihan, sakit sendi dan otot, kalenjar membengkak dan juga ruam. Triad denggi iaitu demam, ruam dan sakit kepala dan
sakit sendi merupakan ciri utama demam denggi. Penyakit ini disebabkan oleh 4 jenis virus denggi( DENV 1, DENV 2, DENV 3 atau DENV 4 ) . Oleh kerana denggi disebabkan oleh 4 jenis serotype,maka seseorang individu boleh mengidap denggi beberapa kali.Setiap kali serangan denggi akan menghasilkan imuniti semumur hidup terhadap serotype tersebut. Virus-virus ini menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti. Di Hemisfera Barat, nyamuk Aedes aegypti merupakan vector yang utama menyebarkan virus denggi. Walau bagaimanapun, kes denggi di Hawaii pada tahun 2001 adalah berbeza kerana ia disebabkan oleh nyamuk Aedes albopictus. Read more
